2008-09-11
JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA KOLEJ KEDIAMAN
JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA KOLEJ KEDIAMAN
Jawatankuasa Kebajikan mahasiswa (Jakmas) merupakan satu Organisasi di bawah kolej kediaman UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. Jakmas telah dianggotai oleh beberapa barisan kepimpinan dari kalangan mahasiswa-mahasiswi kolej kediaman ini sendiri. Matlamat utama Jakmas ditubuhkan adalah untuk memastikan kebajikan dan kemudahan penghuni kolej kediaman terjaga dan terjamin.
Fungsi Jawatankuasa Kolej Kediaman Indah Permai
Jawatankuasa Kolej Kediaman merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan bertujuan untuk menjadi wakil pelajar kolej.Kolej Kediaman Indah Permai (KKIP) merupakan salah satu daripada beberapa Kolej Kediaman di Universiti Malaysia Sabah(UMS).Selaras dengan usaha universiti bagi meningkatkan kemahiran insaniah dikalangan mahasiswa kampus satu organisasi yang dikenali Jawatankuasa kebajikan Kolej Kediaman(JAKMAS) diwujudkan bagi melatih mahasiswa melakukan aktiviti.
Bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai dengan jayanya, JAKMAS telah menubuhkan beberapa exco dengan tugas dan amanah tersendiri di dalam organisasinya. Berikut adalah antara exco-exco yang telah ditubuhkan:
- EXCO KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN MERANGKAP YDP
- EXCO SUKAN DAN REKREASI MERANGKAP NYDP
- EXCO PUBLISITI DAN INFORMASI
- EXCO HAL EHWAL WANITA(HELWA)
- EXCO KEROHANIAN DAN SAHSIA (EKSAH)
- EXCO AKADEMIK DAN KEPIMPINAN
7. EXCO KEBUDAYAAN DAN KECERIAAN
8. EXCO KECERIAAN
9. EXCO KEUSAHAWANAN MERANGKAP BENDAHARI
*Ditulis Oleh : Exco Akademik & kepimpinan kkip sesi 2008/2009
0 comments:
Post a Comment