7 years ago
2009-02-11
PERHATIAN WARGA INDAH PERMAI ! ! !
perhatian kepada semua siswa/i warga kolej kediaman indah permai, pentadbiran HEP kolej kediaman indah permai akan menguatkuasakan peraturan penggunaan utiliti di kolej kediaman seiring dengan kempen penjimatan utiliti dan keselamatan.
sehubungan itu, pemeriksaan berkala akan dijalankan oleh pihak pentadbiran HEP kolej kediaman indah permai selain pemeriksaaan mengejut berhubung penggunaan utiliti melibatkan elektrik dan air.
berkuatkuasa 2 Feb 2009, tindakan akan dikenakan termasuk dendaan dan merampas alatan yang dilarang penggunaan di kolej kediaman kepada penghuni rumah yang gagal mematuhi peraturan berikut:-
1. penghuni rumah bawah yang gagal menutup lampu belakang selepas jam 9 pagi.
2. semua penghuni rumah yang gagal menutup lampu depan/tepi selepas jam 9 pagi.
3. penghuni rumah yang gagal melaporkan sebarang kerosakan di rumah kediaman.
menyimpan, memiliki, menggunakan alat elektrik dan memasak yang dilarang penggunaannya termasuk periuk nasi, dapur masak, heater coil, kuali dan sebarang alatan memasak. tindakan dendaan dan alat berkenaan dirampas
PENGUATKUASAAN PERATURAN PENGGUNAAN PELEKAT KENDERAAN DI KOLEJ KEDIAMAN
perhatian kepada semua siswa/i warga kolej kediaman indah permai, pentadbiran HEP kolej kediaman indah permai akan menguatkuasakan peraturan penggunaan pelekat keselamatan kenderaan di kolej kediaman.
sehubungan itu, pemeriksaan berkala akan dijalankan oleh pihak pentadbiran HEP kolej kediaman indah permai selain pemeriksaaan mengejut berhubung pelekat keselamatan kenderaan yang keluar-masuk dan diletak di rumah kediaman pelajar kolej kediaman indah permai.
berkuatkuasa 2 Feb 2009, kenderaan yang tidak mempunyai pelekat keselamatan rasmi UMS dikehendaki mendapatkan pelekat tersebut. tempoh diberi sehingga 16 Feb 2009. kenderaan yang gagal mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan:-
1. menahan kenderaan daripada memasuki kawasan kolej kediaman indah permai terutama pada waktu malam.
2. dilarang meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan rumah kediaman.
3. merantai atau mengunci kenderaan tersebut.
kenderaan yang terlibat adalah kereta, motosikal dan van persendirian. kenderaan milik syarikat, pusat keagamaan tidak dibenarkan diletakkan dalam kawasan kolej kediaman.
PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN SEMESTER 2 SESI 2008/2009
perhatian kepada semua siswa/i warga kolej kediaman indah permai yang belum mengesahkan pendaftaran kolej semester 2 sesi 2008/2009, tempoh diberikan sehingga 6 Feb 2009.
siswa/i yang belum /tidak mendaftar sehinnga tempoh tersebut akan dikenakan tindakan dendaan dan memungkinkan tawaran penginapan akan ditarik balik atas kegagalan membuat pengesahan status penginapan di kolej kediaman.
sehubungan itu, mohon kerjasama ketua blok dan ketua rumah untuk memberikan kerjasama bagi memastikan semua penghuni telah membuat pengesahan pendaftaran kolej selain tiada setinggan berada di rumah berkenaan.
pemeriksaan berkala dan pemeriksaan mengejut akan dibuat pada bila-bila masa bagi memastikan semua penghuni berdaftar dan tiada penghuni luar berada dalam rumah tersebut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment