2009-07-07

Salam Kembali

Assalamualaikum W.B.T

Salam kembali, salam ceria, salam kepada semua penduduk KKIP.

3 hari berlalu, Kolej Kediaman Indah Permai mulai penuh didatangi oleh pelajar UMS kembali. Datangnya ada yang bergelar pelajar baru dan juga yang telah bergelar 'senior'. Walau apapun, kami (JAKMAS) mengucapkan 'SELAMAT DATANG & SELAMAT KEMBALI KE KKIP"

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK Sambutan Pelajar Baru kali ni. Segala kerjasama anda semua amat kami hargai.

Mengulas sedikit mengenai kedatangan pelajar baru, melihat keadaan KKIP yang jauh ada yang berasa sedih, ada juga yang menjawab "biasa jak, syukurlah ada tempat tuk tinggal". Jawapan yang matang daripada seorang pelajar yang bergelar mahasiswa.

Walau apapun perasaan anda semua, anda tetap warga KKIP. Dan sama-sama kita bangunkan KKIP daripada segala aspek, akademik, sukan, rohani, dan keindahannya.

Sedikit kenangan semasa sambutan pelajar dan program "Sehari Bersama Kolej". Kepada pelajar junior, terima kasih kerana memeriahkan program tersebut.




0 comments:

Post a Comment

Indah Gemilang Permai Cemerlang

 

Top Commentetor


Recent Comments

Link Ke Blog Anda


Sila Copy And Paste code di bawah masukan di blog anda,indah gemilang permai cemerlang

Followers